Meteroid ialah partikel puing yang bersaiz sebesar pasir sehingga sebesar batu yang terdapat dalam Sistem Suria. Tafsiran terkini daripada Kesatuan Astronomi Antarabangsa menyatakan bahawa meteoroid ialah “objek bentuk pepejal yang bergerak di dalam ruang antara planet, yang mana saiznya boleh jadi lebih kecil daripada asteroid dan lebih besar daripada atom.” Contohnya sebarang zarah debu atau bahagian batu yang terapung di angkasa lepas.
(‘A meteoroid is a sand- to boulder-sized particle of debris in the Solar System. The current official definition of a meteoroid from the International Astronomical Union is "a solid object moving in interplanetary space, of a size considerably smaller than an asteroid and considerably larger than an atom." Example; dust particles and rock fragments floating around in space.’)
Ada juga para astronomi menyatakan bahawa meteoroid berasal daripada asteroid atau komet; namun majoriti meteoroid adalah merupakan serpihan atau merupakan bahagian asteroid.
(‘There are groups of astronomers presumed that the meteoroids are originated from asteroids or comets; the majority of meteorites are believed to be fragments of asteroids.’)
Meteor
Hujan meteor ('Meteor shower')
Apabila meteoroid memasuki atmosfera bumi pada kelajuan yang tinggi, disebabkan oleh daya tarikan graviti Bumi, geseran berlaku menyebabkan ketulan jisim angkasa lepas ini terbakar dan terbentuk jalur bercahaya yang panjang dan halus yang dipanggil meteor. Meteor juga dikenali sebagai ‘shooting star’ atau ‘falling star’, yang mana boleh dilihat dengan jelas mata kasar, ketika lanigt tidak berawan. Jika meteoroid tidak terbakar secara lengkap, serpihan ini akan menghentam permukaan Bumi dan serpihan yang tertinggal selepas hentaman, dan ini dikenali sebagai meteorit.
(‘When a meteoroid strikes our atmosphere at high velocity, mainly due to the gravity force of the Earth, friction causes this chunk of space matter to incinerate in a streak of light known as a meteor. Meteors are often known as 'shooting star’ or ‘falling star', which can be seen by the naked eye in a clear, cloudless night sky. If the meteoroid does not burn up completely, what's left strikes Earth's surface and survives impact, then it is called a meteorite.’)
Kata asal meteor berasal daripada perkataan Greek iaitu meteōros, yang bermaksud “tinggi di langit”. Kebanyakan meteor yang muncul selang beberapa saat dan minit antara satu sama lain dipanggil sebagai hujan meteor.
(‘The root word meteor comes from the Greek meteōros, meaning "high in the air". Many meteors appearing seconds or minutes apart are called a meteor shower.’)
Hentaman meteorit dan membentuk kawah (‘Meteorite impacts and forms crater’)
Hasil daripada hentaman meteorit di permukaan Bumi dikenali sebagai kawah meteorit. Ada beberapa kawah pada permukaan Bumi. Salah satu kawah yang paling popular ialah Kawah Barringer di Arizona, yang terjadi 49,000 tahun yang lalu apabila meteorit yang diberi nama Barringer (dianggarkan mempunyai diameter 40 meter ketika hentaman) menghentam kawasan Arizona pada kelajuan 11km/s, membentuk kawah lebarnya 1.2 km, dan kedalaman 183 meter.
(‘The impact of meteorites will create a meteorite crater, or 'impact crater'. There are a number of Meteor craters on the Earth's surface. One of the most recognised is the descriptively named 'Barringer Impact Crater' in Arizona, created 49,000 years ago when the Barringer meteorite (estimated to have been roughly 40 metres in diameter upon impact) slammed into Arizona at 11km/s, creating this 1.2km wide, 183 metre deep crater.’)
Meteorit (‘Meteorites’)
Banyak planet dan satelit semula jadi mereka mempunyai permukaan kawah meteorit. Namun, Bumi tidak mempunyai banyak kawah meteorit disebabkan oleh Bumi dilindungi oleh atmosferanya.
(‘Many of the planet and their natural satellites are covered with meteorite craters. However, the Earth does not have many meteorite craters since it is protected by its atmosphere.’)
Sumber rujukan : Wikipedia, solarspace
No comments:
Post a Comment