Perkataan komet berasal daripada perkataan Greek iaitu komē, yang bermaksud ‘rambut pada kepala'.
(‘The word comet came to the English language through the Latin cometes from the Greek word komē, which means "hair of the head".’)
Komet juga dikenali sebagai bola salji yang kotor atau ‘bola salji berlumpur’. Komet ialah objek yang melepaskan gas dan debu ketika ia mengorbit Matahari. Ada juga tanggapan bahawa, komet merupakan bahan atau serpihan daripada pembentukan planet – planet.
(‘Comets are sometimes called dirty snowballs or "icy mudballs". Comets are icy objects that release gas and dust as they orbit the Sun. It is thought that comets are material leftover from the formation of the outer planets.’)
Komet ialah jasad berais cakerawala yang kecil yang mengorbit Matahari. Ia terdiri daripada bahagian nukleus, koma bergas dan ekor yang panjang. Ekornya hanya terbentuk apabila komet menghampiri Matahari. Ekornya sentiasa menjauhi Matahari. Komet hanya boleh dilihat apabila ia bergerak menghampiri Matahari dalam orbitnya yang bujur.
(‘A comet is a small, icy celestial body that orbits around the sun. It is made up of a nucleus, a gaseous coma and a long tail. The tail develops when the comet is near the Sun. Its long ion tail of always points away from the sun. Comets are only visible when they're near the sun in their highly eccentric orbits.’)
Apabila komet menghampiri Matahari, komet boleh dibahagi kepada beberapa bahagian yang jelas :
(‘When they are near the Sun and active, comets have several distinct parts.’)
Komet dan bahagiannya (‘Comet and its parts’)
Komet dan bahagian berlabel (‘Comet and its parts – labelled’)
Nukleus : berbentuk pepejal dan stabil, ia terbentuk daripada air dan gas beku, sedikit debu dan kadangkala daripada bahan beku yang lain seperti ammonia,
(‘Nucleus : relatively solid and stable, mostly ice and gas with a small amount of dust and other solids and sometimes other frozen substances such as ammonia.’)
Koma : Koma ialah tompokan gas berbentuk agak bulat yang mengelilingi nukleus komet; diameternya ialah beberapa juta km. Koma terdiri daripada wap air, gas karbon dioksida, ammonia, debu dan lain – lain gas neutral yang berasal dari nukleus, disebabkan oleh radiasi solar yang memanaskan nukleus. Koma dan nukleus membentuk kepala komet,
(‘Coma: The coma is the roughly spherical blob of gas that surrounds the nucleus of a comet; it is about a million km across. The coma is comprised of water vapour, carbon dioxide gas, ammonia, dust and other neutral gases sublimed from the solid nucleus, caused of the nucleus is heated by the solar radiation. The coma and the nucleus form the head of a comet.’)
Awan hidrogen : Gas hidrogen mengelilingi koma komet (sarung yang sukar dilihat) dan memanjang beberapa berjuta batu (ia selalunya diantara ekor berion dan ekor debu). Awan hidrogen berdiameter 10 juta km pada nukleus komet dan panjangnya lebih kurang 100 juta km. Ia semakin besar apabila komet menghampiri Bumi.
(‘Hydrogen cloud : Hydrogen gas surrounds the coma of the comet (very sparse envelope) and trails along for millions of miles (it is usually between the ion tail and the dust tail). The hydrogen cloud is about 10 million km across at the nucleus of the comet and about 100 million km long. It is bigger when the comet is near the Sun.’)
Orbit dan pergerakan ekor Komet (‘Comet’s Orbit and its tails movement’)
Ekor debu : mempunyai panjang sehingga 100 juta km dan ekor debu ini terdiri daripada zarah – zarah debu nukleus yang dipukul oleh photon yang dipancarkan oleh Matahari. Ekor ini sedikit membengkok bergantung kepada pergerakan komet. Ekot ini beransur hilang apabila komet bergerak menjauhi Matahari. Bahagian ini yang ketara dan jelas boleh dilihat dengan mata kasar.
(‘Dust tail : up to 100 million km long and the dust tail is composed of microscopic dust particles that are buffeted by photons emitted from the Sun. This tail curves slightly due to the comet’s motion. The tail fades as the comet moves far from the Sun. this is the most prominent part of a comet to the unaided eye.’)
Ekor berion : Ekor ialah gas – gas yang bercas (ion – ion) yang sentiasa menjauhi Matahari disebabkan oleh angin solar (arus ion – ion daripada Matahari pada kelajuan tinggi) yang menolak ekor jauh (ini juga dipanggil ekor plasma – tidak berwarna tetapi bersinar). Apabila komet menghampiri Matahari, ekor berion ini akan berada di belakang komet; apabila komet meninggalkan Matahari, ekor berion ini akan mendahului. Ekornya beransur hilang apabila komet bergerak jauh daripada Matahari. Panjang ekornya boleh mencapai 100 juta km.
(‘Ion tail : A tail of charged gases (ions) always faces away from the sun because the solar wind (ions streaming from the sun at high velocities) pushes it away (it is also called the plasma tail - no colour but shining). When the comet is approaching the Sun, the ion tail trails the comet; when the comet is leaving of the Sun, the ion tail leads. The tail fades as the comet moves far from the Sun. The ion tail can be well over 100 million km long.’)
Orbit Komet ('A Comet's Orbit')
Komet mempunyai orbit berbentuk bujur yang jelas yang mana ia jauh menjangkaui orbit Pluto; dan komet hanya boleh dilihat sekali – sekala dan akan hilang dalam tempoh yang lama. Hanya komet yang mempunyai tempoh yang pendek dan pertengahan (seperti komet Halley), yang mana sebahagian orbitnya berada dalam lingkungan orbit planet Pluto.
(‘Comets orbit the Sun in highly elliptical orbits and the orbit take them far beyond the orbit of Pluto; these are seen once and then disappear for millennia. Only the short - and intermediate-period comets (like Comet Halley), stay within the orbit of Pluto for a significant fraction of their orbits.’)
Kelajuan komet bertambah apabila ia menghampiri Matahari dan perlahan pada penghujung orbit. Komet hanya bercahaya apabila ia menghampiri Matahari (dan ia mengalami penyejatan), komet sebenarnya gelap (tidak boleh dilihat) sepanjang ia mengorbit. Angin solar meniup ekornya jauh dari Matahari.
(‘Their velocity increases greatly when they are near the Sun and slows down at the far reaches of the orbit. Since the comet is light only when it is near the Sun (and is it vaporizing), comets are dark (virtually invisible) throughout most of their orbit. The solar wind pushes the tail away from the Sun.’)
Komet yang hebat (‘The Great Comet’)
Komet yang paling popular dipanggil Komet Halley yang mana akan kembali setiap tujuh puluh enam tahun sekali ke pusat Sistem Suria. Komet Halley, akhir sekali dilihat pada tahun 1986, sebelum ia dilihat pada tahun 1910. Ia hanya kembali pada tahun 2061.
(‘The most famous comet is called Halley’s Comet which returns to the centre of the Solar System every seventy-six years. Halley’s comet was last seen in early 1986, before that it seems to be appeared in 1910. It will not be seen again until its return in 2061.’)
Selain itu, Komet West muncul pada tahun 1976, Komet Hyakutake pada tahun 1996, diikuti oleh Comet – Hale Bopp tahun 1997. Komet yang hebat pertama dilihat pada kurun ke-21 ini ialah Komet McNaught, yang boleh dilihat dengan jelas oleh mata kasar pada Januari 2007. Ia merupakan komet paling terang dalam masa 40 tahun.
(‘Besides that, Comet West appeared in 1976, Comet Hyakutake in 1996, followed by Comet Hale – Bopp in 1997. The first great comet of the 21st century was Comet McNaught, which became visible to naked eye observers in January 2007. It was the brightest in over 40 years.’)
Sumber rujukan : enchantedlearning, nineplanets
No comments:
Post a Comment